PAS Cari Pengundi Hantu Bangladesh

PAS Terengganu yang membuat kunjungan ke Bangladesh adalah bertujuan untuk mencari pengundi hantu yang mana akan memberi tiket penerbangan, permit serta passport untuk dibawa bekerja di Terengganu dalam tempoh 6 bulan permit.

Turut mengikuti rombongan itu 8 wakil Badan Perhubungan PAS Terengganu diketuai oleh Tuan Hj Yahaya Ali, dua orang aktivis Kumpulan Media Indipenden -KAMI (Sazali dan Azizah) , seorang wakil Dewan Muslimat PAS Pusat -DMPM (Normala Sudirman), sukarelawan PASRelief dari Selangor (Azwan), Kedah (Hafiz), Kelantan yang juga mewakili Cakna Palestin (Abdul Shakur Shaarie), Abu Dhabi UAE (Zulqarnain) dan Turki (Mas’ud).

Menurut sumber risikan yang dibuat oleh agen di Bangladesh, tujuan sebenar Pas ke Negara itu hanya mencari pengundi hantu yang diketua Adun Alor Limbat Ariffin Deraman dan Wan Sukairi Wan Abdullah.

Mereka mengaburi mata rakyat Malaysia dengan misi bantuan kepada pelarian Rohingya yang ditempatkan di kempelarian COX’S BAZAR dengan membawa bekalan dari Malaysia dan juga bekalan yang dibeli di Bangladesh.

Tektik itu Berjaya mengaburi mata pihak berkuasa Malaysia ketika ini dengan mempamerkan aktiviti mereka sepanjang berada di Negara tersebut.

Rakyat Malaysia harus peka dengan gerak kerja halus yang dilakukan PAS sekarang ini kerana mereka telah hilang arah tuju politik mereka kerana bertindak dan membuat keputusan untuk bersendirian menghadapi PRU 14 nanti.

Apa yang pasti, tiga bulan sebelum pilihanraya aka nada kemasukan warga Bangladesh masuk kenegarai ini terutamanya di negeri-negeri target mereka, Terengganu, Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Selain itu, rakyat malaysia turut bertanya kemanakah semuanya hasil kutipan derma rakyat seluruh negara yang telah berjaya dikutip sehingga RM 2,500,000 juta sebelum ke Bangladesh dan apa yang dibawa kenagra itu hanya RM500 ribu sahaja?

Kemana duit baki RM 2.0 juta itu pergi??????


Comments