Ujian Allah Kepada KAMI - Dr Azman

Kita tak tahu apa hikmah Allah di atas setiap musibah yang berlaku samada kecil atau besar.
Kerana itu Allah mengajar kita memulangkan segala urusan kepada Allah. Tak semua perkara yang berlaku berada dalam ilmu kita. Innalillah wainnaa ilaihi raajiuunn.
Kesabaran pada setiap musibah yang berlaku akan dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah. Keajaiban bagi orang mukmin, dikurniakan kegembiraan, dia syukur maka dapat pahala. Dibebani dengan musibah maka dia sabar juga dapat pahala. Tak sabar, bukan setakat kita rugi didunia, malah dibalas dengan dosa. Pahala dan dosa hak Allah. Bukan hak manusia untuk menghakimi. Hak kita antara sesama manusia adalah untuk membantu dan bersama menghiburkan hati saudara kita yang ditimpa musibah.
Beban yang menimpa akan terasa ringan bila kita bersama simpati dan pakat pikul sikit seorang. Orang Islam bersaudara ketika senang dan susah. Kehebatan PAS adalah kerana ukhuwwah dan kasih sayang antara sesama kita.
Bukan setakat berteori malah PAS memiliki Jabatan Kecemasan dan Pengurusan Bencana yang terlatih bagi berhadapan dengan saat-saat yang tak dijangka sebegini.
Ketika musibah bencana menimpa orang lain, kita selalu lihat bagaimana tentera merah Jabatan Amal adalah yang selalu hadir di lapangan membantu atas dasar tanpa sempadan bangsa dan agama.
Bergembira atas musibah yang menimpa saudara seagama adalah isyarat kekejian akhlak yang ada dalam hati. Malang sekali bagi siapa yang tergamak berperilaku begini.
Takziah untuk semua mangsa yang terlibat dalam peristiwa ribut di Kompleks PAS Kedah senja kelmarin. Semoga Allah mengantikan setiap kerugian dengan ganti yang lebih baik. Sesungguhnya bersama setiap kesukaran itu ada kemudahannya.
Dr Azman Ibrahim
30 April 2017

Comments