Kuburkan Pas di Wakaf Mempelam - Amanah


SEMALAM program turun pada Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) P036 Kuala Terengganu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam mendapat sambutan yang baik.

Pada sebelah petang, Pengerusi Amanah Negeri Terengganu mengrangkap Pengerusi Pakatan Harapan Negeri YM Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turun bersama Zubir Mohamad Pengarah Komunikasi Amanah Terengganu di dalam DUN berkenaan.

Dalam program ziarah kasih Amanah, Raja Bahrin sempat menziarahi beberapa warga Wakaf Mempelam yang uzur dan miskin dengan membawa sekali hamper sumbangan untuk mereka.

Zubir yang juga bakal calon Amanah Dun Wakaf Mempelam turut memberi sumbangan peribadi kepada rakyat yang dilawati dan pada sebelah malam juga diadakan ceramah santai bersama penduduk Kampung Panji.

Ramai yang menghadiri ceramah tersebut terutamanya bekas-bekas ahli Pas yang telah berjuang bersama Raja Bahrin semasa PRU ke 13 yang lalu di Padang Bola Sepak Kampung Panji.

Menurut  seorang bekas ahli Pas kawasan tersebut yang mahu dikenali sebagai Pok Leh,56, beliau dan beberapa rakan keluar dari Pas kerana kepimpinan Pas hari ini sudah jauh terpesong.

Katanya, sejak 30 tahun lalu belaiu sangat kuat bekerja untuk Pas dan sehinggalah banyak keburukan yang Pas lakukan demi mengetatkan poket mereka sendiri.

'Kami dikawasan kampung dibiarkan tanpa arah tuju dan disuruh derma jihad setiap kali diadakan ceramah dan program-program parti tetapi mereka diatas makan besar setiap kali program diadakan,

'Saya berjihad dengan Pas sudah hampir 30 tahun akan tetapi segala keringat kita di akar umbi dipandang dingin dan sepi oleh wakil rakyat dan juga kepimpinan Pas kawasan ini,

'Mereka tidak pernah ambil tahu, kami semua makan atau tidak sepanjang hari dan apa yang mereka tahu kami sokong mereka walau kami mempunyai anak serta keluarga untuk ditanggung perbelanjaan seriap hari,

'Kevaknaan pemimpin Pas terhadap ahli diakar umbi jauh bezanya dengan orang-orang umno dan juga Amanah dimana mereka sanggup turun melihat sendiri kita diperingkat bawah walaupun jarang-jarang', katanya dengan nada kesal.

Tambahnya, kalau dilihat malam ini, kita tidak lah seramai program-program Pas adakan tetapi ramai dari kalangan kawan-kawan seangkatan saya dari kawasan ini hanya menunggu hari pembuangan udi sahaja.


Katanya lagi, memang ramai yang beralih arah kali ini dalam diam bak kata pepatah melayu "ibarat ular yang menyusur akar" dan kita tunggu dan lihatlah apa yang berlaku nanti.


Comments