*FREE PTPTN Jika PH Tawan Terengganu*


Berhubung kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Terengganu Datuk Razali Idris dalam laman muka buku beliau tidak mengambarkan satu manifesto Pakatan Harapan (PH) Terengganu kerana tiada dalam perbincangan majlis presiden.

PH Terengganu belum menerima apa-apa cadangan manifesto dari gabungan parti dalam PH dan yang dinyatakan itu hanya manifesto persendirian atau mungkin akan dibawa oleh PPBM ke dalam mesyuarat PH Terengganu nanti.

Menurut satu kenyataan oleh Pengerusi PH Terengganu Datuk Raja Kamrul Bahrin Shah Raja Ahmad, beliau sendiri belum menerima apa yang diperkatakan oleh pengerusi PPBM Terengganu dan apa-apa keputusan berkaitan manifesto akan dimurtamadkan oleh majlis presiden nanti.

Katanya dalam sebaran aplikasi whatsapp yang diterima sejak malam tadi juga ada kebenarannya maka "Janji untuk hapuskan hutang PTPTN bagi rakyat Terengganu jika Pakatan Harapan berjaya memerintah Terengganu yang dibuat oleh Pengerusi PPBM negeri (Datuk Razali Idris) bukan keputusan rasmi yang dicapai oleh kami (Pakatan Harapan Terengganu),

"Saya anggap itu mungkin keputusan PPBM, dan bukan ketetapan yang dibuat Pakatan Harapan (Terengganu). Walaubagaimanapun, cadangan itu akan diteliti pihak kami khususnya Jawatankuasa Manifesto Pakatan Harapan agar ia nampak lebih munasabah, menarik minat pengundi", ujurnya.

Sehubungan dengan itu, Razali hanya menerbitkan buah fikiran beliau atau mewakil PPBM Terengganu dan bukan satu suara dari kepimpinan tertinggi PPBM pusat dan ianya perlu mendapat keputusan dari majlis presiden.

Jika manifesto itu diguna pakai nanti, PH Terengganu akan berusaha untuk menjadikan satu manifesto untuk rakyat Terengganu dan akan mengotai janji-janji sepertimana negeri-negeri PH yang lain sekarang ini.


Sebagai contoh, UNISEL di Selangor  PH telah memberikan pendidikan percuma kepada seluruh pelajar di universiti itu dan akan dikembangkan kepada negeri pakatan yang lain jika menang PRU 14 nanti.

Comments