AMZAD Tidak Faham Bahasa Melayu?

HAJI AMZAD PURA-PURA TIDAK FAHAM.

1) Artikel oleh Hj Ahmad Amzad bertarikh 21 April di SINAR HARIAN seolah-olah beliau masih tak faham lagi jawapan saya tempoh hari ! Atau mungkin beliau perlu sering mencari perhatian pucuk pimpinan PAS kerana PRU 14 sudah hampir ?

2) Saya ulangi sekali lagi bahawa kalau betul isu Kerajaan Tempatan dan PASMA adalah sebab saya dipanggil, kenapa hanya Wan Sukairi dan Hj Amzad, yang baru menjadi ahli Pas, yang hadhir ? Kenapa tidak di Mesyuarat Kawasan biasa dimana saya pernah di marahi teruk kerana kononnya tinggal kawasan walaupun saya baru beberapa bulan menjadi ahli Parlimen dan baru hadhir Parlimen pertama saya ?

Atau kenapa tidak menghadapkan saya kepada komitee yang munasabah bilangan ahlinya ? Mesti ada ajenda yang tidak mahu terlalu ramai yang mengetahui - seperti "jangan terlalu menekankan legasi Almarhum Nik Aziz !" Terbukti hari ini dengan majlis mengenangkan Almarhum Harun Din yang dihadhiri bersama Dato Jamil Khir dari UMNO dan Nik Abduh dari PAS, walaupun jasa dan sumbangan Tok Guru Nik Aziz lagi luas dan jauh lagi lama sebagai MursridulAam PAS lebih dari 20 tahun. Ini adalah ajenda bersama dua parti tersebut , Umno dan Pas, kerana Nik Aziz menentang penyatuan dua parti tersebut.

3) Apakah kesalahan saya berkaitan dengan PASMA pula selain dari menghadhiri Majlis Hari Raya yang turut di hadhiri oleh orang awam termasuk pihak NGO dan juga dihadhiri ahli PASMA di Besut ? Hj Amzad tidak mungkin tahu ayahanda saya pernah menjadi Pegawai Daerah Besut pada awal 1960'an kerana beliau masih belum dilahirkan.

Seperti beliau tidak mungkin tahu juga saya mulai ke kuliah Nik Aziz pada awal 1980'an kerana beliau baru berusia 12 tahun ! Lagi pun apa salahnya saya sekadar hadhir di Majlis Raya yang di hadhiri orang umum dan juga orang PASMA kalau PAS hari ini boleh hadhir di Majlis UMNO yang mereka pernah KAFIRKAN dan DUA-IMAMKAN ? Adakah amanat berkenaan telah di batalkan hari ini ? Sekali lagi kalau saya bersalah kenapa tidak saya di soal di mesyuarat rasmi ? Apa hendak dirahsiakan kalau terbukti saya bersalah ?


4) Berkenaan Pemilihan Kerajaan Tempatan, bukankah peguam berpengalaman dan veteran Pas yang di segani Dato Wan Mutallib Embong, yang juga Penasihat Perundangan kanan PAS, memberi pandangan yang sama dengan saya. Pandangan kami berdua adalah dari sudut profesional. Seorang sebagai peguam, seorang lagi sebagai Arkitek . Isu Majlis Bandaraya dan Kerajaan Tempatan tidak patut di politikkan dan mesti profesional menagani isu berkaitan untuk kebaikan umum. Sekali lagi, kenapa tidak kedua-dua kami di soal di Mesyuarat Kawasan ? Kami boleh memberi penjelasan sebenarnya.

5) Saya menasihati Hj Amzad jangan menggunakan emosi tetapi lebih rasional serta kebijaksanaan menangani isu. Kenapakah dan siapakah Haji Amzad hendak melarang saya menulis tentang PAS atau mana-mana parti ? PAS sekarang mengeluarkan kata-kata tidak sopan dan kesat kepada Amanah seperti - barua, munafik, biawak, setan dan berbagai lagi perkataan yang lebih buruk yang saya sendiri tidak tergamak menyebut di sini.

Selagi saya berhujah dengan menjaga akhlak dan tidak menggunakan kata-kata kesat serta maki hamun, kenapa Hj Amzad hendak menghalang saya menulis? Mungkin Hj Amzad patut mengingatkan pihak rakan sendiri untuk menjaga tutur kata serta lidah dari mengkafirkan sesama Islam.

Dan mohon bertanya juga, kalau kalangan kami hari ini di munafikkan serta di kafirkan, bagaimana pulakah statusnya UMNO yang dahulunya di taghutkan dan di kafirkan juga oleh PAS ? Dunia melihat betapa mesra dan intimnya PAS dan UMNO hari ini walaupun kemungkaran dan kezaliman mereka jauh lagi buruk hari ini yang menyebabkan Almarhum Nik Aziz menegur keras kemesraan ini.

INILAH AGAKNYA SEBAB SAYA DI TEGUR. KERANA MENGINGATKAN PESANAN ALMARHUM NIK AZIZ - "MENGAPAKAH PAS HENDAK MENYAMBUNG HAYAT UMNO YANG SEDANG LEMAS HARI INI !"

Raja Bahrin Shah.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Comments